Memaparkan catatan dengan label cameron highland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cameron highland. Papar semua catatan

28/03/16

Lawatan Ke Cameron Highlands

Assalamualaikum w.b.t
baru sempat nak share trip ke cameron pada 13/03/2016 hari tu.
Bayaran ke sana sebanyak RM....  #lupa pulak

pada jam 7 pagi kami bertolak dari UPSI ke Cameron Highlands...Tak sangka pergi waktu tengah budak sekolah cuti...Jalan jammed ...Kerja tidur jela dalam bas..sebelum ke cameron, kami singgah di Lata Iskandar selama 30 minit lebih rasanya..kami tiba kat sini dalam jam 8.50 pagi. ada air terjun..tetapi tidak boleh mandi..
tapi air terjun dia tak boleh mengalahkan air terjun yang mas pernah pergi dekat Sg Chilling.Best lagi..boleh tengok entry INI...

Dalam lebih kurang jam 9.30 pagi, kami bertolak  ke Strawberry Cafe, Cameron Higlands..Lama kami disitu..Nak petik strawberry xnak la..petik petik kang terlajak petik melambung duit hakak...

sedap gila...gila pun tak sesedap ini.

Ya Allah...masing terasa lagi kat anak tekak..hahhaha..sedap..tapi coklat dia dah keras ...sekali nganga sebiji strawberry masuk..Hahahha.. 3 batang RM5.....satu batang ada tiga strawberry..Boleh la tu..Merasa jugak anak tekak makan strawberry..Last pergi Form 5 dulu..

Lepas tu kami bertolak ke Rose Valley.. Nak masuk kena bayar RM4 ...Mas tak masuk pun...hahahha...Tengok kat luar je..dah cantik...
Sumber : Whatapp Group trip ke Cameron Highlands..Sebab Mas tak masuk dalam Rose Valley tu..Hahaha

Kemudian dalam jam 3.30 petang, kami bertolak ke Lavendar Garden..

Oh God...dalam ni pun Mas tak masuk..Duk kat luar pun dah cantik..Hahahhah....Entah pape je kan..Pergi tapi tak masuk...Bayaran dalam RM8 rasanya..Lupa dah...Rasa macam dah lama pergi...padahal baru je haritu pergi.. Doakan ingatakan Cheq ni kuat noh...Cepat nau lupa..

Seterusnya kami bertolak Tea Farm...Tempat yang Mas tunggu tunggu...Dalam jam 4.46 petang sampai sini...Ponat juga sebenarnya..Sebab waktu nak sampai sini jalan Jammed...Macam siput jalan undur kebelakang...
* tidur adalah lebih baik..

Yang gambar sebelah kanan tu bukan orang2 kat sawah tau..Manusia tu..Hihiih

Saranghaeyo...Hahahaha *boleh jadi model ke?


Dan berakhirlah perjalanan kami ke Cameron...Kemudian balik semula ke Ibu Kandung Suluh Budiman (UPSI)

Sekian dahulu report terkini daripada Mas...Semalam Perg Zoo Taiping...Nanti ada masa Mas buat report lagi ..Hahaha... Btw.. 4/4/2016 ,Mas nak pergi Gombak pula..Nak naik kuda.....dengan memanah..Yang ini anjuran Fellow Kolej tau..Special for kolej kediaman Harum Aminurrashud Blok 5 je....Tak sabar cheq..

Thanks for reading..Sapa nak pergi cameron highland...jangan la p waktu cuti...Kalau anda bukan seorang penyabar.. Hahaha..Nak2 yang bawa kereta manual.... #nasihat je..

Ok lah...Sekian.
Salam.